Selamat Datang ke Qaseh Danieya.



Wednesday, June 22, 2011

Oleh : Ahmad Redzuwan Mohd Yunus (Allahyarham)

Sumber : Ibnu Muslim.blogsport


JIWA TENANG,KELUARGA BAHAGIA NIKMAT TERBESAR DIKECAPI MUKMIN..

NIKMAT terbesar dikecapi umat Islam ialah menjadi orang beriman kerana tidak akan ada kepercayaan yang diterima di sisi Allah selain daripada kepercayaan agama Islam dan tidak akan ada lagi nabi selain daripada Nabi Muhammad.

Namun, di kalangan orang beriman itu ada pula di kalangan mereka yang beruntung. Keuntungan mereka itu disebabkan oleh beberapa perkara seperti dijelaskan dalam surah al-Mukminun, ayat 1-9 bermaksud:

“Sesungguhnya beruntunglah orang beriman. Iaitu orang yang khusyuk dalam solatnya. Orang yang menjauhkan diri daripada perbuatan dan perkataan tiada berguna. Dan orang menunaikan zakat. Dan orang yang menjaga kemaluannya, kecuali terhadap isteri mereka atau budak yang mereka miliki, maka mereka dalam hal ini tiada tercela, barang sesiapa yang mencari yang sebaliknya, maka mereka itulah orang yang melampaui batas. Dan orang yang memelihara amanat yang dipikulnya dan janjinya. Dan orang yang memelihara solatnya”.

Dalam ayat itu dapat difahami ada enam perkara dilakukan oleh orang mukmin akan menyebabkan mereka menjadi orang beruntung.

Pertama, mereka adalah orang mukmin yang khusyuk solatnya. Ali Abi Talib menjelaskan khusyuk itu adalah kekhusyukkan hati.

Penjelasan Ali ini diperkuatkan oleh Hassan al-Basri yang menjelaskan bahawa kekhusyukan mereka itu berada di dalam hati mereka sehingga kerananya mereka menundukkan pandangan serta merendahkan diri.

Khusyuk dalam solat hanya akan dapat dilakukan orang memfokuskan hati padanya dengan melupakan pelbagai aktiviti selain mengerjakan solat itu semata-mata serta mengutamakan solat ke atas aktiviti yang lain.

Pada saat itulah akan terwujudnya ketenangan dan kebahagiaan baginya seperti dijelaskan oleh Rasulullah dalam sebuah hadis daripada Anas bahawa Rasulullah bersabda:

“Diberikan kepadaku kecintaan terhadap yang baik dan terhadap wanita, dan dijadikan solat untukku sebagai amalan yang paling menyenangkan”. (Hadis riwayat Imam Ahmad dan An-Nasai)

Kedua, orang mukmin menjauhkan dirinya daripada perbuatan dan percakapan yang tidak berguna seperti dari perbuatan batil, syirik, maksiat dan yang tidak membawa faedah untuk dirinya seperti dijelaskan oleh Allah dalam firman-Nya dalam surah al-Furqan, ayat 72 bermaksud:

“Dan apabila mereka bertemu dengan (orang) mengerjakan perbuatan tidak berfaedah, mereka lalu (saja) dengan menjaga kehormatan dirinya.”

Ketiga, orang mukmin menunaikan zakat kerana pada harta dimiliki oleh seseorang itu ada hak orang lain perlu dilunaskan. Ia dijelaskan Allah dalam surah al-An’am, ayat 141 bermaksud:

“Dan keluarkan haknya (zakatnya) pada hari memetik atau menuainya. Dijelaskan juga dalam ayat lain dengan mengeluarkan zakat itu dapat menyucikan jiwa seseorang mukmin.”

Ia dijelaskan Allah dalam firman-Nya dalam surah As-Syam, ayat 9-10 bermaksud:

“Sesungguhnya beruntunglah orang menyucikan jiwanya dan sesungguhnya rugilah orang mengotorinya.”

Keempat, orang mukmin memelihara kemaluannya daripada perkara haram dengan tidak terjerumus dalam hal yang dilarang Allah sama ada dalam perzinaan dan homoseksual.

Mereka tidak akan mendekati seseorang melainkan isteri mereka sendiri dihalalkan oleh Allah. Malah Imam Shafie menggunakan ayat ini juga untuk mengharamkan onani.

Kelima, orang mukmin memelihara amanah diberikan dan janji dijanjikan. Mereka melaksanakan tugas dengan sebaik mungkin apabila diberi tugas untuk dipikulnya dan tidak terlintas dalam hati sanubarinya untuk mengkhianati amanah itu. Dan jika mereka berjanji atau melakukan akad perjanjian, mereka akan menepatinya, tidaklah mereka ini seperti orang munafik.

Keenam, orang mukmin memelihara solatnya dengan melaksanakannya tepat pada waktunya.

“Ibn Mas’ud pernah bertanya kepada Rasulullah: Ya Rasulullah, apakah amal perbuatan disukai Allah? Baginda menjawab: Solat pada waktunya. Lalu apa lagi, tanyaku. Baginda menjawab: Berbakti kepada kedua orang tua. Kemudian apa lagi, tanyaku: Baginda menjawab: ‘Jihad di jalan Allah’.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim).

Melalui enam perkara itu akan membezakan antara keuntungan seseorang
mukmin dengan mukmin lain. Ia bererti, tidak semua orang mukmin beruntung.

Hasil amalan itu, mereka akan ditempatkan oleh Allah dalam syurga Firdaus. Ia dijelas Allah juga dalam surah al-Mukminun, ayat 10-11 bermaksud:

“Mereka itulah orang berhak mewarisi. Yang akan mewarisi syurga Firdaus, mereka kekal di dalamnya.”

Rasulullah mengajar kepada umat Islam, sekiranya ingin memohon syurga Allah, maka mintalah syurga. Ia dijelaskan dalam hadis yang Rasulullah bersabda:

“Jika kamu meminta syurga Allah, maka mintalah syurga Firdaus, kerana sesungguhnya Firdaus adalah syurga yang paling tinggi dan paling tengah. Darinya terpancar sungai-sungai syurga dan di atasnya ada Arasy Rabb yang Maha Pemurah.” (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim).


INTI PATI
Amalan orang mukmin

1.Khusyuk solat.
2.Menjauhkan dirinya daripada perbuatan dan percakapan yang tidak berguna seperti dari perbuatan batil, syirik dan maksiat.
3.Memelihara kemaluannya daripada perkara haram seperti perzinaan dan homoseksual.
4.Menunaikan zakat.
5.Memelihara amanah dan janji.
6.Solat tepat pada waktu.


Penulis ialah Bekas Pensyarah Kanan di Jabatan Pengajian Dakwah & Kepimpinan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)

(al-Fatihah kepada pensyarahku yang banyak menabur ilmu- semoga ditempatkan bersama orang2 yang soleh):
Prof. Madya Dr. Ahmad Redzuwan Mohd. Yunus, Pensyarah Jabatan Dakwah dan Kepimpinan, Fakulti Pengajian Islam, telah kembali ke rahmatullah pada 22 April 2011 (Jumaat). Allahyarham juga bertugas sebagai Ketua Jaringan Industri dan Masyarakat, Fakulti Pengajian Islam, UKM. Jenazah Allahyarham telah selamat dikebumikan di kampung asal Allahyarham, di Temerloh, Pahang

Monday, June 13, 2011

12 BARISAN DI AKHIRAT..

Suatu ketika, Muaz b Jabal ra mengadap Rasulullah SAW dan bertanya: "Wahai Rasulullah, tolong huraikan kepadaku mengenai firman Allah SWT: "Pada sangkakala ditiup,maka kamu sekalian datang berbaris-baris" Surah an-Naba':18


Mendengar pertanyaan itu, baginda menangis dan basah pakaian dengan air mata.Lalu menjawab: "Wahai Muaz, engkau telah bertanyakan kepada aku, perkara yang amat besar, bahawa umatku akan digiring, dikumpulkan berbaris-baris menjadi 12 barisan, masing-masing dengan pembawaan mereka sendiri...." Maka dinyatakan apakah 12 barisan tersebut :-

BARISAN PERTAMA

Di iring dari kubur dengan tidak bertangan dan berkaki. Keadaan mereka ini dijelaskan melalui satu seruan dari sisi Allah Yang Maha Pengasih: "Mereka itu adalah orang-orang yang sewaktu hidupnya menyakiti hati jirannya, maka demikianlah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."

BARISAN KEDUA

Diiring dari kubur berbentuk babi hutan. Datanglah suara dari sisi Allah Yang Maha Pengasih: "Mereka itu adalah orang yang sewaktu hidupnya meringan-ringankan solat, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."

BARISAN KETIGA

Mereka berbentuk keldai, sedangkan perut mereka penuh dengan ular dan kala jengking. "Mereka itu adalah orang yang enggan membayar zakat, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."

BARISAN KEEMPAT

Diiring dari kubur dengan keadaan darah seperti air pancutan keluar dari mulut mereka. "Mereka itu adalah orang yang berdusta di dalam jualbeli, maka inilah balasannya dan tempat mereka adalah neraka..."

BARISAN KELIMA

Diiring dari kubur dengan bau busuk daripada bangkai. Ketika itu Allah SWT menurunkan angin sehingga bau busuk itu mengganggu ketenteraman di Padang Mahsyar. "Mereka itu adalah orang yang menyembunyikan perlakuan derhaka takut diketahui oleh manusia tetapi tidak pula rasa takut kepada Allah SWT, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."

BARISAN KEENAM

Diiring dari kubur dengan keadaan kepala mereka terputus dari badan. "Mereka adalah orang yang menjadi saksi palsu, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."

BARISAN KETUJUH

Diiring dari kubur tanpa mempunyai lidah tetapi dari mulut mereka mengalir keluar nanah dan darah. "Mereka itu adalah orang yang enggan memberi kesaksian di atas kebenaran, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."

BARISAN KELAPAN

Diiring dari kubur dalam keadaan terbalik dengan kepala ke bawah dan kaki ke atas. "Mereka adalah orang yang berbuat zina, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."

BARISAN KESEMBILAN

Diiring dari kubur dengan berwajah hitam gelap dan bermata biru sementara dalam diri mereka penuh dengan api gemuruh. "Mereka itu adalah orang yang makan harta anak yatim dengan cara yang tidak sebenarnya, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."

BARISAN KESEPULUH

Diiring dari kubur mereka dalam keadaan tubuh mereka penuh dengan penyakit sopak dan kusta. "Mereka adalah orang yang derhaka kepada orang tuanya, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."

BARISAN KESEBELAS

Diiring dari kubur mereka dengan berkeadaan buta mata-kepala, gigi mereka memanjang seperti tanduk lembu jantan, bibir mereka melebar sampai ke dada dan lidah mereka terjulur memanjang sampai ke perut mereka dan keluar beraneka kotoran. "Mereka adalah orang yang minum arak, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."

BARISAN KEDUA BELAS

Mereka diiring dari kubur dengan wajah yang bersinar-sinar laksana bulan purnama. Mereka melalui titian sirat seperti kilat. Maka,datanglah suara dari sisi Allah Yang Maha Pengasih memaklumkan: "Mereka adalah orang yang beramal soleh dan banyak berbuat baik. Mereka menjauhi perbuatan derhaka, mereka memelihara solat lima waktu, ketika meninggal dunia keadaan mereka sudah bertaubat, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah syurga,mendapat keampunan, kasih sayang dan keredhaan Allah Yang Maha Pengasih..."

Tak Tergambar Keindahanmu SYURGA...

Tunjukkanlah kami jalan yang lurus bererti tunjuki kami jalan ke syurga. Inilah idaman setiap insan. Inilah cita-cita setiap manusia yang berakal. Di syurga,Allah swt telah menjanjikan pelbagai kenikmatan yang tiada tolok bandingnya. Laksana taman-taman syurga di mana terdapat dua bentuk taman sebagaimana hadis Rasulullah yang bermaksud:

01.Dua taman yang dicipta Allah dari perak dengan segala apa yang ada padanya.

02.Dua taman yang dicipta Allah dari emas dengan segala apa yangada padanya.


Subhanallah!Sahabatku,betapa indahnya kenikmatan syurga Allah ini yang disediakan khusus buat para muslimin dan muslimat.

Syurga itu bertingkat-tingkat,antara tingkat syurga adalah:

1.Syurga Firdaus
2.Surga 'Adn
3.Syurga Na'iim
4.Syurga Na'wa
5.Syurga Darussalaam
6.Daarul Muaqaamah
7.Al-Muqqamul Amin
8.Syurga Khuldi

Adapun tingkat syurga paling tinggi darjatnya dinamakan Al-Firdaus. Di atas Al-Firdaus inilah terletak Arsy Rahman (mahligai Tuhan). Subhanallah, syurga ini terletak di bawah Arsy.

Sahabatku, terdapat banyak keistimewaan syurga Al-Firdaus. Antaranya ialah penghuninya akan dapat melihat wajah Allah dua kali dalam sehari iaitu pada waktu pagi dan petang. Inilah nikmat tertinggi yang boleh kita perolehi. Bukan itu sahaja, di tempat yang penuh dengan kenikmatan ini juga Allah telah menciptakan para bidadari yang menawan,cantik dan sempurna keanggunannya serta mempunyai wajah yang bersinar bagai bulan.


Sekurang-kurangnya, penduduk syurga itu memiliki 80,000 pelayan dan dikahwinkan dengan 72 isteri (bidadari) mereka diberi kekuatan 100 orang ketika makan, minum dan senggama. Bagaimana pula dengan makanan penduduk syurga? Penduduk syurga itu akan dihidangkan makanan dan minuman yang lazat dan sangat menyelerakan antaranya buah-buahan yang ranum dan pelbagai lagi hidangan yang tidak terbayang kelazatanya.

Alangkah indahnya jika ditakdirkan kita semua ke syurga.Kerana perkampungan akhirat itu adalah pasti,hendaklah kita bermohon kepada Allah untuk beroleh kenikmatan sebegini.Sebagaimana firman Allah SWT:

Ini adalah kehormatan(bagi mereka),dan sesungguhnya bagi orang-orang yang bertakwa benar-benar(disediakan)tempat kembali yang baik (iaitu)syurga 'Adn yang pintu-pintunya terbuka bagi mereka.Di dalamnya mereka bertelekan(di atas dipan-dipan)sambil meminta buah-buahan yang banyak dan minuman di syurga itu). (Surah Sad:49)Semoga kita semua akan ditempatkan di syurga Allah SWT kelak serta sentiasa memperoleh rahmat dan keredhaanNya.

Amin..